Powered by Blogger.
RSS

Kongsi!! Resepi Satay Ayam Madura


Resepi Satay Ayam Madura - Salah satu resepi andalan dari Madura adalah satay ayam madura yang sudah terkenal di nusantara. Biasanya penjual satay madura di ciri khas kan menggunakan gerobak satay berbentuk perahu.

Perbezaan bahan dan bumbu antara satay madura dengan satay lain adalah dalam pembuatan sambalnya. Satay madura terbuat dari bahan dasar ayam yang disiram sambal kacang dan hirisan cabai serta bawang merah mentah.
________________________________________________________

Daripada anda beli satay ayam madura untuk acara penting, tak ada salahnya kalau anda dapat membuatnya sendiri di rumah. Kami akan share resepi dan cara bagaimana membuat satay ayam madura yang enak dan sedap.

Bahan Satay Ayam Madura :

►1/2 kg  Daging ayam, ambil dagingnya saja, kulit dan tulangnya boleh dibuat sup. Potong dadu/ kotak-kotak kecil
►20 tusuk satay secukupnya
►Nasi putih / lontong
►1 biji limau nipis, belah jadi 2

Kuah Kacang Satay Ayam Madura :

    3 butir bawang merah
    4 siung bawang putih
    150 gram kacang tanah, goreng
    2 sdm kicap manis (campuran kacang yang dihaluskan)
    2 sdm kicap manis/ secukupnya (pelengkap ketika penyajian)
    2 biji kemiri
    2 sdt gula merah
    150 ml kuah sup
    3 sdm minyak sayur/ goreng
    Garam secukupnya

Sambal Bawang Satay Ayam Madura :

    4 siung bawang putih
    10 biji cabai merah kecil
    Garam secukupnya

Cara Membuat Satay Ayam Madura :

Kuah kacang : campur bawang putih, bawang merah, kacang tanah, garam, dan kemiri, blander separa halus. Panaskan minyak, tumis hingga harum, masukkan kuah sup, masak hingga pekat. Angkat.

Campurkan 2 sdm kuah kacang dengan 2 sdm kicap manis, celupkan satay, bakar hingga separuh masak. Angkat dan gulingkan kembali dalam kuah, bakar hingga masak, angkat.

Sambal bawang: panaskan minyak, tumis bawang putih hingga separuh masak, angkat. Campur bawang putih, cabai merah kecil, dan garam, haluskan.

Sajikan satay ayam madura dengan kuah kacang, kicap manis, bawang merah, sambal bawang, limau nipis, dan nasi putih atau lontong.

Sumber dari page
https://www.facebook.com/gway9?ref=hl

selamat mencuba..terima kasih...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Dafar Percuma

Nak Tahu Rahsia Resepi Cheese Tart Juma?

Rasa malaysia